Produk/Perkhidmatan


e-Sports merupakan merupakan medium secara talian atau pusat sehenti antara mana-mana kemudahan pusat sukan untuk mengiklan fasiliti mereka untuk penyewaan dan pengguna yang ingin menggunakan kemudahan tersebut. e-Sports menyediakan perkhidmatan untuk membantu pengguna mencari pusat-pusat sukan berdekatan dengan mereka seterusnya melakukan penempahan mengikut kesesuaian waktu dan keinginan mereka.

Fungsi sistem

A.   Pengguna

1.    Pelanggan melawat laman sesawang e-Sports ataupun terus ke googleMap dan memilih jenis sukan dan kawasan pilihan (negeri,daerah) yang akan dipaparkan menggunakan googleMap.

2.    Sistem akan memaparkan ikon pusat sukan yang berdaftar dengan e-Sports didalam googleMap berdasarkan kawasan yang dipilih oleh pelanggan tersebut.


Gambarajah 1 – Contoh googleMaps dengan perkhidmatan e-Sports

3.    Pengguna kemudian memilih untuk menggunakan perkhidmatan penyewaan gelanggang melalui e-Sports seperti pautan yang dipaparkan pada gambarajah 1 diatas.
4.    Sistem e-Sports akan memaparkan skrin penuh pusat sukan dipilih untuk membolehkan pengguna membuat penempahan dengan memilih masa, gelanggang yang diingini dan seterusnya mengesahkan penempahan tersebut.
5.    Pengguna boleh membuat bayaran secara online melalui akaun bank ataupun dengan menggunakan kad kredit, paypal dan lain-lain lagi perkhidmatan bayaran secara talian yang tersedia.

Gambarajah 2 – Contoh resit yang dihantar melalui email

6.    Email pengesahan akan dihantar kepada pengguna untuk setiap transaksi yang berjaya dan segala maklumat penempahan akan tersedia didalam email tersebut.
7.    Pelanggan boleh mengakses laman web e-Sports untuk mencari maklumat tambahan mengenai pusat sukan yang dipilih.
8.    Sistem ini boleh diakses menggunakan komputer mahupun telefon mudah alih selagi ianya mempunyai akses kepada internet.
9.    Sistem ini akan menggabungkan semua jenis pusat sukan yang menawarkan perkhidmatan penyewaan gelanggang untuk individu mahupun syarikat.
10. Pengguna juga boleh mengakses laman ‘e-shopping’ sekiranya ianya disediakan oleh pusat-pusat sukan tersebut melalui laman e-Sports.


B.   Pusat Sukan/penyedia Kemudahan

1.    Pusat-pusat sukan boleh menggunakan  sistem e-Sports untuk menawarkan perkhidmatan penyewaan fasiliti mereka secara talian tanpa memerlukan laman web mereka sendiri.
2.    e-Sports menawarkan perkhidmatan kepada pengendali pusat-pusat sukan ini tidak terhad kepada penyewaan gelanggang sahaja, malah mereka boleh mengiklan sebarang acara atau menjual pakaian ataupun barangan sukan mereka dengan efisien.
3.    Pengendali perlu untuk mendaftar dan memasukkan segala maklumat mengenai pusat sukan mereka ke dalam sistem e-Sports yang mesra pengguna dan mudah digunakan.
4.    Sistem e-Sports akan menyediakan laman khas untuk setiap pengendali yang berdaftar dengan sistem, mudah dan berkesan untuk setiap pengendali mengiklankan perniagaan mereka tanpa perlu memikirkan penyelenggaraan laman web yang akan dilakukan sepenuhnya oleh e-Sports untuk mereka.
5.    e-Sports juga akan menawarkan pakej internet bagi pengendali yang belum mempunyai sambungan ke internet dengan kadar yang berpatutan.
6.    Dengan kata lain, e-Sports memudahkan pengurusan perkhidmatan penyewaan gelanggang dengan segala perkhidmatan tersedia seperti penyewaan secara talian, sistem pengurusan kewangan berkaitan seperti rekod transaksi dan sebagainya yang terdapat di dalam sistem.