Kajian Pasaran
FSO
telah menjalankan kajian terhadap aktiviti sukan dan tempat untuk melakukan
aktiviti sukan dimalaysia sekarang tumbuh dengan pesat sekali dan kebanyakkan
hanya menggunakan perkhidmatan tempahan melalui telefon sahaja. Oleh demikian,
FSO menjalankan perniagaan tempahan secara talian, yang mana pengguna hanya
perlu membuat tempahan mengikut aktiviti sukan, tempat yang dipilih serta masa
yang diingini secara talian dan pihak FSO akan menguruskan secara talian tempat
yang dipilih oleh pengguna. Hal ini bertujuan untuk memudahkan lagi pengguna
dan tidak perlu datang ke pusat sukan tersebut.
Fokus pengguna
tidak terbatas sama ada pelancong ataupun penduduk setempat yang ingin
melakukan aktiviti sukan dimana tempat yang dipilih. Statistik produk tempahan
secara talian hanya 20% sahaja jika dibandingkan dengan jumlah fasiliti dan
aktiviti sukan.
Gambarajah
4- Statistik tempahan pusat sukan di Malaysia
Daya Tarikan Produk
Produk e-Sports merupakan
satu produk yang baru diperkenalkan dimalaysia. Namun demikian, melalui
pemerhatian pihak FSO sektor kerajaan telah mula menggunakan produk e-tempahan
dan diaplikasikan ke setiap jabatan melalui kementerian belia dan sukan. Namun
begitu, e-tempahan tersebut hanya tertumpu kepada kemudahan yang disediakan
oleh kementerian sahaja. Akan tetapi pihak swasta juga menyediakan khidmat yang
sama cuma tidak secara online. Mengikut pemerhatian produk e-Sports yang pihak FSO jalankan merangkumi kesemua sektor yang
menjalankan perniagaan fasiliti sukan di seluruh malaysia. Pengguna akan lebih
senang dengan cara produk FSO jalankan dan ianya lebih senang dengan
perkhidmatan yang disediakan dengan satu klik sahaja di e-Sports. Produk ini pasti lebih berkembang pesat ke seluruh dunia.
Sasaran Produk
Produk e-Sports
disasarkan untuk semua pengguna malaysia dan pelancong asing yang datang ke
malaysia bagi menjalankan aktiviti sukan. Melalui kaji selidik yang dilakukan
terhadap masyarakat sekeliling menunjukan bahawa produk e-Sports ini boleh mencapai potensi dalam pasaran sehingga ke
peringkat antarabangsa. Secara keseluruhannya dapat dilihat saiz dan
pertumbuhan produk e-Sports ini
dijangka berkembang dengan pesat sekali. Dari segi kestabilan pasaran produk ini
boleh dilihat melalui statistik berikut :
Gambarajah 5- Peratusan Pengguna e-Sports
Daripada statistik diatas menunjukan, peratusan pengguna yang
menggunakan produk e-Sports adalah
sebanyak 10% pada bulan pertama. Kemudian dapat dilihat peningkatan pengguna
meningkat sebanyak 15% pada bulan kedua. Namun begitu sambutan dilihat semakin
menggalakkan iaitu peningkatan sebanyak 30% pada bulan ketiga dan bulan
seterusnya juga meningkat kepada 60%. Dari statistik tersebut telah terbukti
kestabilan produk e-Sports di malaysia.
Ramalan
jualan yang FSO peroleh selama empat bulan beroperasi, adalah sebanyak 60
peratus daripada pengguna yang mewakili 1juta pengguna. Ini bermakna jumlah
berdasarkan kos 5 peratus daripada harga sewaan fasiliti.
Gambarajah 6 – Statistik
ramalan jualan e-Sports
Kekuatan pasaran e-Sports
ini dijangka mampu bertahan lama dan mengikut arus teknologi terkini. Manakala
jangka hayat komersial dijangka bertahan mengikut perkembangan semasa dan
pertumbuhan pusat sukan dimalaysia. Pihak FSO akan mengemaskini data serta
maklumat yang terkini mengikut kehandak pasaran.
Segmen sasaran pasaran yang berlaku dalam perkhidmatan e-Sports ini tertumpu kepada semua
golongan yang ingin membuat tempahan ditempat mereka inginkan dan keperluan
serta kehendak pelanggan.
Berikut adalah beberapa saluran carian yang menyediakan
e-tempahan fasiliti sukan di malaysia yang menjadi sumber sasaran dan rakan
kongsi produk e-Sports :-
Saluran
e-tempahan fasiliti sukan milik kerajaan di malaysia
|
Syarikat perkhidmatan fasiliti lain hanya menyediakan alamat dan talian
untuk dihubungi sahaja. Hal ini lebih senang dan mudah bagi FSO untuk
menumpukan perkhidmatan tempahan secara online yang melibatkan kesemua aktiviti
sukan di malaysia. Daripada produk idea produk e-tempahan memberi keyakinan FSO
memperbaharui produk tersebut menjadi unisersal dan menyeluruh. Oleh itu, FSO
percaya produk e-Sports menjadi trend
dimasa akan datang yang mementingkan keselesaan dan kepercayaan pelanggan.
Kelebihan Daya Saing
Mengikut kajian dibuat aktiviti tempahan
secara dalam talian hanya dijalankan untuk sesuatu tempat sahaja. Fokus FSO
adalah menjalankan di kesemua aktiviti sukan di malaysia yang menyediakan
tempat aktiviti dan FSO hanya menumpukan kepada perihal tempahan dalam talian
dan aktiviti sukan seperti pertandingan serta tempahan fasiliti sukan. Tahap
persaingan dijangka tidak bermasalah kerana produk FSO e-Sports merangkumi kesemua aktiviti sukan dan fasiliti sukan di
Malaysia. Skop produk FSO sangat luas dan tidak mungkin ada persaingan.
Dalam teras kecekapan FSO menitik beratkan
tentang kemahiran dalam menguruskan hal pemasaran dengan rakan niaga dan
hubungan yang erat mengenai keuntungan terhadap tempahan fasiliti sukan serta
sewaan. Pihak FSO mempunyai kepakaran dalam teknologi dalam talian yang
menyakinkan kumpulan rakan niaga. Pengetahuan yang mendalam dalam aktiviti
sukan menjadikan FSO lebih di beri kepercayaan oleh rakan niaga. Misi ini amat
penting bagi FSO demi mengelakkan ada nya pesaing untuk merebut peluang dalam
perniagaan tempahan ini.
Bagi menjaminkan lagi produk e-Sports ini kekal dalam pasaran, pihak
FSO telah berdaftar dengan pihak suruhanjaya komunikasi dan multimedia Malaysia (SKMM) dan mendapat
kebenaran serta pengiktirafan Pembekal Perkidmatan dalam talian (online service
provider). Ini perlu kerana bagi menjaminkan keselamatan pengguna dan rakan
kongsi.